LUARAN

Kesempurnaan serta kesederhanaan estetika seni Jepun dihidupkan menerusi reka bentuk premium KODO. Kabin yang luas mencerminkan perkadaran jentera yang atletik. Bahagian bawah badan Mazda CX-9 serba baharu yang kukuh dan stabil diserlahkan melalui rim bersaiz 20 inci.

Gril hadapan dramatik menunjukkan wajah yang maskulin tetapi mudah untuk dikendali. Sementara lampu hadapan dan belakang didatangkan dengan rekaan yang eksklusif agar tampil premium.

DALAMAN

Penggunaan material mewah jelas dapat mencipta atmosfera yang bertaraf dunia, manakala pelbagai ciri canggih pasti dapat memuaskan semua pancaindera anda. Puaskan perasaan dengan kemewahan Mazda CX-9 serba baharu pada setiap permukaan yang anda pandang dan sentuh. Jentera ini hadir untuk membuatkan hidup anda lebih bererti dan memuaskan. Ia juga direka untuk memastikan setiap perjalanan anda lebih menyenangkan.

Mazda's i-ACTIVSENSE

Mazda i-ACTIVSENSE merupakan satu istilah umum untuk satu siri teknologi keselamatan tercanggih yang mengunakan peranti seperti radar miligelombang dan kamera. Ia melibatkan teknologi keselamatan aktif yang menyokong pemanduan selamat dengan membantu pemandu mengenal pasti bahaya. Teknologi keselamatan pra-pelanggaran pula membantu mengelakkan pelanggaran atau mengurangkan impaknya dalam situasi di mana ia tidak dapat dielakkan.

TEKNOLOGI SKYACTIV

Mazda percaya masih ada ruang untuk kereta mengalami evolusi yang mampu membawa keseronokan memandu ke satu tahap lain, di samping menggabungkannya dengan prestasi keselamatan dan alam sekitar yang mengagumkan. Misi kami adalah untuk mencapai tahap prestasi asas sebaik mungkin dan terus menambah baik kenderaan ini. Inilah sumbangan Mazda untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal yang lebih baik.

GALLERY

REVIEW

Mazda CX-9 finalis rekabentuk kereta terbaik dunia 2017

SUV bersaiz penuh Mazda CX-9 telah dipilih sebagai finalis anugerah Car of the Year (WCOTY) dan World Car Design of the Year (WCDOTY) untuk tahun 2017.

VIDEO